Saturday 14 April 2012

Review : KitabSangCupid

Tajuk : KitabSangCupid
Karya : Aziz Harun
Penerbit : Buku Hitam Press



Kalau entri sebelum ini, aku menceritakan perihal putera kedua Buku Hitam Press, sekarang tiba giliran putera sulong mereka.

Kitab Sang Cupid menampilkan pelbagai aspek dan elemen dalam dunia percintaan. Tanpa menjanjikan tips untuk mengatasi masalah cinta, penulis buat kau berfikir yang cinta itu pelbagai ragam. Baik dari cinta monyet hingga ke alam perkahwinan. Kena dengan tajuk buku itu, Kitab Sang Cupid. Ya, si Cupid yang memanah sahaja rasa cinta dalam hati manusia. Tak kira umur atau jantina.

Berbeza dengan hasil putera kedua yang berunsurkan provokasi, Kitab Sang Cupid tampil bersahaja dengan mesej terselit di sana sini dibaluti dengan madah-madah cinta. Di awal permulaan buku ini, aku rasa agak hambar. Tapi masuk ke fasa akhir, aku dapat rasakan penulis mula ke peringkat yang lebih matang. Maksud aku, cerpen-cerpen di bahagian awal buku, mengisahkan cinta biasa saja. Mungkin ada yang boleh kita tonton di slot Cerekarama. Aku bukan mengutuk, ya En.Aziz Harun. Maaf kalau kau terasa. Ini cuma pendapat peribadi aku. Mungkin aku mengharapkan cerita cinta yang luar biasa.

Seperti yang aku katakan tadi, di bahagian akhir buku ini, aku mula suka dengan beberapa cerpen yang ada. "Christina Qisti" "Takdir Terindah" "Satu Persinggahan" itu antara yang menarik minat aku. Aku jarang membaca cerpen mungkin itu juga penyebabnya. Kalaulah Kitab Sang Cupid dijadikan sebuah novel...

Aku rasa dari segi penggayaan bahasa serta tatabahasa untuk Bahasa Inggeris boleh diperbaiki lagi. Aku pun bukan reti berBahasa Inggeris ini, tapi eloklah kalau disusun supaya menjadi bait yang lebih indah. Cinta itu kan indah?

Wajar diselami Kitab Sang Cupid ini agar kau bisa menerokai alam cinta yang tak pernah kau alami. Rugi kalau tak baca! Serius ni! Dapatkan sekarang --> diatakgila.blogspot.com

p/s: Mungkin Aziz Harun boleh keluarkan cerita cinta si pisau cukur pula lepas ni?

No comments:

Post a Comment