Tuesday 10 April 2012

Review : BukanDariJibril

Tajuk : BukanDariJibril
Karya : FikriHarun
Penerbit : Buku Hitam Press



Dengan Nama Tuhan, Maha Pengasih, Maha Penyayang...Bait pertama yang diungkap dalam hasil karya ini. Ironi. Agak tidak kena dengan rupa kulit buku yang sebegitu. Tapi itu hanya seperti pemancing memasang umpan untuk menarik perhatian si ikan. Dan aku, umpama si ikan buntal yang memakan umpan yang dipasang. Ahh! Tengok kulit bukunya saja aku sudah terpempan inikan lagi bila aku belek helaian muka surat. Ya, kertas muka surat yang sentiasa menjadi kegilaan aku tatkala memilih bahan bacaan.

Apa? Kau jijik tengok gambar jamban pada muka depan buku ini? Yang kau jijikkan inilah yang saban hari kau kunjungi. Dari rumah kecil berlantaikan papan dan berbumbungkan langit hingga ke ruang kecil yang berlantaikan karpet bulu dan kau memilih untuk berlalu tanpa membeli atau menilai isi dalamannya terlebih dahulu. Rugi.

BukanDariJibril satu koleksi catatan yang sukar ditemui. Penulis berani menyatakan realiti kehidupan. Sesungguhnya kenyataan hidup memang pahit tapi nikmat kau kecapi bila kau hadapi dengan cara yang betul. Helaian demi helaian aku selak, makin teruja aku untuk menghabiskan naskah ini. Adalah sesetengah catatannya yang mengocak salur darah aku. Apa yang digarap penulis aku rasakan benar-benar terjadi disekelilingnya. Dia membawa si pembaca menerokai kehidupan yang sebenar melalui kaca matanya. Ada yang sinis, ada yang provokasi. Ada juga yang terkena batang hidung sendiri. Tragis!

Dari segi penyampaian jalan cerita memang aku kagumi. Tapi tidak dari teknikalnya. Ada beberapa cacat cela yang aku temui contohnya salah ejaan. Tapi tak mengapa, hanya minoriti. Lagikan manusia pun tiada yang sempurna. Tutup mata saja, tetap mahu teruskan membaca.

Walau aku tidak selesa dengan susunan kata dalam isinya, tapi aku teruskan jua. Kau bacalah sendiri dan fahami sendiri apa yang aku tidak selesa. Yelah, jamban mana ada yang benar-benar selesa. Aku boleh umpamakan kata-kata yang kotor itu mampu menyedarkan sesetengah manusia. Kata-kata yang kotor dan jijik bagi kau, itu sebenarnya realiti hidup kau. Jadi, kenapa harus takut untuk teruskan membaca?

Ahh..malas aku nak berceloteh lebih tentang buku ini. Kalau aku cerita lebih, kau malas untuk dapatkan naskah ini. Aku bukan pentingkan diri, tapi aku rasa kau perlu juga rasa apa yang aku rasa.
Apalagi? Takut untuk hadapi realiti yang penulis sampaikan? Pergilah kau tinggal dalam gua sana, menyorok! Sampai bila pun kau takut untuk keluar dari gua itu. Takut pada bayang-bayang sendiri.

p/s: Nak kena buat review kedua tentang KitabSangCupid pula...haih...!

No comments:

Post a Comment